Pengenalan

Penafian

Pro Team tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

 

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Portal/Laman Web yang Lain?

Portal ini mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pengurus Besar

Cr. En. Ataullah bin Anas (K.B; P.A)

- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian 

- Ahli Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia (PAKAR MALAYSIA)

- Ahli Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)

 

Pengurus Eksekutif dan Operasi

En. Hafizan bin Mohamad Dain

- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian

 

Pengurus Kewangan dan Operasi

En. Mohd Alamin bin Ismail

- Diploma Perakaunan

 

Ketua Jurulatih dan Perundingan 

Cr. En. Ataullah bin Anas (K.B; P.A)

 

 

 

  

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan..

 

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai..

Sejarah Syarikat

Pro Team Resources mula beroperasi pada 21hb November 2012 setelah didaftarkan di bawah akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pro Team Resources merupakan syarikat perkongsian yang terdiri daripada tiga orang ahli pengarah iaitu, Ataullah bin Anas, Hafizan bin Mohamad Dain dan Mohd Alamin bin Ismail yang menjalankan perkhidmatan konsultasi termasuklah penganjuran program motivasi, kepimpinan, kerohanian dan pelbagai khidmat nasihat dan bimbingan yang merangkumi pendidikan, kewangan dan pembangunan insan. Selain itu juga membeli dan menjual produk-produk yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, cenderamata, percetakan dan lain-lain. Pada tahun 2014 pula Pro Team Training Consultant pula telah didaftarkan. Dengan dua buah nama ini, Pro Team akan lebih memantapkan usaha ke arah bidang konsultasi di negara.

 

Visi

Menjadi peneraju perkhidmatan konsultasi kepada pembangunan insaniah.

 

Misi

1.       Mengetengahkan kaedah dan pendekatan terbaru dalam bidang insaniah.

2.       Menawarkan pelbagai khidmat konsultasi termasuklah bidang pendidikan, pembangunan sahsiah dan kewangan.

3.       Pemudah cara dan pembimbing dalam mencapai matlamat sesebuah orgnisasi.

 

Moto: “ Learning By Experience, Trust The Process”

Muat Turun Percuma

Muat turun percuma modul terpilih kami. Sila klik pautan di bawah.

Muat Turun Percuma

Koleksi Modul terbaik

Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak modul bagi kegunaan anda. Sila klik pautan di bawah.

Koleksi Modul Terbaik

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com